CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 29, 2012

Asalnya Indah tapi Tercemar Sudah dek Dosa

Jiwa ini asal fitrahnya indah
Masa berlalu mengikut arus yang telah dijanjikan
Janji antara hamba dan Pencipta
Ada jiwa yang hilang arah dan ada jiwa yang bahagia terarah
Buat yang sudah jauh..kembalilah. 
Selagi detik hatimu meyakini DIA itu bermakna harapan untuk bercinta bersama Allah masih cerah
Sedar wahai jiwa, Allah menyayangimu dengan sehebat cintaNya
Tiada yang lain selainNya
Kerana itulah hari ini kamu masih pinjam ni'mat hembusan nafas anugerahNya
Bersyukurlah...Andai jiwamu gundah, carilah bahagia kerana bahagia itu bertebaran atas bumiNya.

No comments:

Post a Comment

Berkatalah dengan akal & jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia.


Powered by Blogger.